
Al-Fatihah buat 6 sekeluarga yang terlibat kemalangan pada awal pagi semalam…kemalangan yang melibatkan sebuah kereta yang melanggar lori rosak di tepi lebuhraya…apa yang aku nak kongsi kat sini sebenarnya aku ada terbaca satu kiriman surat dalam satu akhbar tempatan mengenai kes kemalangan di lebuh raya di mata sebagai pembayar tol…ini antara yang ditulis dalam akbar tersebut..
“…mungkin punca kemalangan itu kerana faktor lain seperti kecuaian dan sebagainya. Tak apalah, biarlah, saya serahkan semua itu kepada pihak berkuasa untuk menyiasat”…
“…persoalan saya, kenapa treler itu dibiarkan diletakkan di lorong kecemasan itu – ia tidak sepatutnya dibenarkan diletak di situ terutama pada waktu malam kerana boleh mengundang bahaya kepada kenderaan lain”…
“…saya kecewa kenapa apabila berlaku kemalangan, pihak yang bertanggungjawab mengawal selia lebuh raya itu tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sebagai menyatakan keperihatinan syarikat tersebut dengan apa yang berlaku”…
komen yang ditulis ini selepas kejadian kemalangan yang juga melibatkan kereta dan lori yang rosak di tepi lebuh raya…sama juga kejadian yang berlaku semalam…jadi apa pandangan korang?…adakah semua ini disebabkan oleh kecuaian semata-mata…diharap pihak berwajib dapat ambil tindakan segera memandangkan semakin dekat musim perayaan Tahun Baru Cina tak lama lagi…my 2 cent…
![]() |
|
BEBERAPA anggota Bomba dan Penyelamat berusaha mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam satu kemalangan ngeri di Km252 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Senawang, Seremban yang melibatkan enam sekeluarga maut awal pagi semalam. – BERNAMA
|
SEREMBAN 8 Feb. – Percutian sebuah keluarga di Bukit Merah Lake Town Resort di Taiping, Perak baru-baru ini berakhir dengan tragedi apabila kesemua enam ahli keluarga itu maut dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 252.3 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat sini, awal pagi ini.
Kejadian menyayat hati itu berlaku kira-kira lima kilometer selepas susur keluar Plaza Tol Senawang pada pukul 1.30 pagi apabila kereta jenis BMW 7 Series yang dinaiki keluarga itu terbabas sebelum merempuh sebuah treler yang rosak di lorong kecemasan.
Lebih memilukan, mangsa Suhaimi Ghazali, 41, dan isterinya, Norfadilah Isenin, 32, serta empat anak mereka, Nurul Natasha Huda, 11; Muhammad Danial Iskandar, 10; Muhammad Hanif Iman, 6, dan Adi Putra, 2, rentung di tempat kejadian.
















