bukan SENANG nak SENANG, bukan SUSAH nak SUSAH...

Aktiviti Aku Harini

Pegi hospital daa...aktiviti aku hari ni pegi buat medical checkup plak, persediaan untuk kerja baru…pagi-pagi aku dah keluar rumah, bukannya apa takut orang ramai la plak…Jam 8.30 pagi aku dah sampai kat Hospital Ampang, aku pun pegi la kat bahagian kecemasan nak bertanya…“Bang, kat mana boleh buat medical checkup ye?…hemm…jawapan hampeh, “Bang, kat sini memang tak ada buat medical checkup bang. Cuba abang pegi kat klinik kesihatan”…Aku pun pegi la Klinik Kesihatan Kg.Cheras Baru…memang tak jauh pun dari Hospital Ampang, jadi aku tak kisahla…Bila dah sampai sana plak, macam biasala kena tanyela dulu…

Aku pun tanyala kat sorang nurse dok sibuk check H1N1 kat sorang patient…”Kak, kat sini boleh buat medical checkup tak?…jawapan yang sama gak, “Kat sini tak de la dik kalau nak buat medical checkup, kalau nak buat kena pegi HKL”…adehh…salah tempat lagi. dah la penat puasa kenala ke sana ke sini, aku pun terus pegi HKL…Bila sampai sana aku pun cari la Wisma Kayu…Wisma Kayu?..aku pun tanyala kat sorang mamat mana satu Wisma Kayu..”Tu bang, yang bangunan kayu macam klasik tu la dia Wisma Kayu”…

Dalam hati aku, patutla :) …aku pun terus pegi kat MEO (Bhgn Pemeriksaan Perubatan), dari daftar pastu check berat, tinggi, mata dan air kencing…aku pun tanyela darah tak check ke?…”Encik tak perlu check darah sebab encik punya BMI lebih sket je”…aku belum gemuk sangat lagi la tu,hehehe…Lepasni aku kena pegi jumpa doktor plak, bukannya harini tapi 12/10/09…adehh,time keje tu..takkan nak mintak cuti plak..lama betul nak tunggu jumpa doktor…nak cepat boleh, pegila private hospital…sediakan duit semua boleh jadi cepat, kalau kt GH ni faham-faham je la :) …5 hari lagi nak raya ni, hehehe…

468x60 Aktiviti Aku Harini


Related Posts with Thumbnails

No related posts.

Nak update terkini? Masukkan email korang:

Delivered by MokhZam {dot} com

Leave a Reply





CommentLuv Enabled


Comments protected by Lucia's Linky Love.
Rss Feed Tweeter button Facebook button Technorati button Linkedin button Delicious button Digg button Stumbleupon button


Malaysia Web Hosting

MokhZam
MokhZam

Hi friend, MokhZam here...

I hope the weather is treating you well in

Monetize your blog/web with this new software at super low price which is never offer by others

Order Facebook Chat Pop Box Software Now!