tak sampai sebulan dunia artis kehilangan seorang artis serba boleh arwah Din Beramboi…hari ni dikejutkan pula pasal berita kematian Achik Spin…arwah terlibat dalam kemalangan di lebuhraya LEKAS…berikut adalah video rakaman yang sempat dirakam semasa operasi menyelamatkan arwah Achik Spin…Al-Fatihah
———————————————————————————————————————-
SEREMBAN 17 April – Penyanyi, Achik Spin, 27, meninggal dunia selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaikinya terbabas di Kilometer 14.7 Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) sebelum susur keluar Pajam arah selatan dekat sini lewat petang ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, Achik atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari meninggal dunia di tempat kejadian, tidak jauh setelah melepasi Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Beranang dan dua kilometer sebelum susur keluar Pajam, arah selatan. (more…)
















Recent Comments