bukan SENANG nak SENANG, bukan SUSAH nak SUSAH...

Detik Gembira Bertukar Air Mata


Comments protected by Lucia's Linky Love.
Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my
dn 20.1 Detik Gembira Bertukar Air Mata

TEH Afifah Syahirah (tiga dari kiri) menemui ibunya, Siti Aishah Baharom yang turut membaca surah Yassin bersama tetamu pada majlis kenduri tahlil di Inap Desa Taman Kancil 3, Anak Bukit, Alor Setar, semalam.

ALOR SETAR 12 Dis. – Hari ini keluarga Abdul Hamid Zakaria, 71, dan isterinya, Siti Aishah Baharom, 58, sepatutnya meraikan perkahwinan anaknya, Teh Afifah Syahirah, 23, yang diijabkabulkan semalam dalam suasana gembira.

Segala persiapan telah disusun rapi termasuk merancang mengadakan majlis kenduri meraikan perkahwinan anak keempat daripada lima beradik itu di Inap Desa Taman Kancil 3, Anak Bukit di sini.

Inap Desa berkenaan terletak tidak jauh dari rumah keluarga Abdul Hamid di Taman Berlian.

Pelamin juga telah disiapkan hanya menunggu saat pasangan pengantin disandingkan.

Namun detik indah yang dirancang tidak kesampaian, sebaliknya deraian air mata menyelubungi majlis kenduri perkahwinan itu hari ini yang digantikan dengan majlis tahlil.

Takdir Ilahi menentukan Teh Afifah hanya sempat bergelar isteri selama tiga jam selepas suaminya, Mohd. Ariff Ab. Kadir, 23, meninggal dunia dalam kemalangan ngeri sejurus majlis akad nikah semalam.

Pada majlis berkenaan, para jemputan mengambil kesempatan memberi kata-kata semangat kepada Teh Afifah dan keluarganya agar tabah menghadapi dugaan.

Kenalan keluarga tersebut juga saling memeluk Teh Afifah dengan titisan air mata tanda simpati mereka terhadap ujian yang terpaksa ditempuhi wanita itu.

Abdul Hamid dan isterinya, Siti Aishah Baharom, 58, serta ahli keluarga mereka pula kelihatan tenang melayan tetamu yang datang ke majlis berkenaan seperti biasa.

Sementara itu, Abdul Hamid berkata, keluarganya tidak membatalkan majlis kenduri perkahwinan yang dirancang itu cuma menukarnya menjadi majlis tahlil.

“Ini dugaan yang harus anak saya dan keluarga kami hadapi,” katanya ketika ditemui pada majlis tersebut hari ini.

Pasangan Mohd. Ariff dan Teh Afifah bernikah di sebuah masjid di Anak Bukit di sini kira-kira pukul 10 pagi semalam, sebelum pengantin lelaki maut dalam kemalangan jalan raya kira-kira tiga jam kemudian.

Turut maut dalam kemalangan di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar itu ialah ibu dan bapa Mohd. Ariff, Apsah Othman, 58, dan Ab. Kadir Awang, 55, serta rakannya, Mohd. Farhan Musa, 18.

SUMBER : UTUSAN ONLINE

P.S : Jodoh pertemuan, ajal dan maut adalah ketentuan daripada Allah S.W.T…kita hanya merancang tetapi ketentuan ditentukan segala-gala olehNya… Al-Fatihah kepada arwah…Al-Fatihah…


Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Sultan Iskandar Selamat Disemadi
  2. 6 Sekeluarga Rentung Langgar Treler

Nak update terkini? Masukkan email korang:

Delivered by MokhZam {dot} com

Leave a Reply





CommentLuv Enabled


Comments protected by Lucia's Linky Love.
Rss Feed Tweeter button Facebook button Technorati button Linkedin button Delicious button Digg button Stumbleupon button


Malaysia Web Hosting

MokhZam
MokhZam

Hi friend, MokhZam here...

I hope the weather is treating you well in

Monetize your blog/web with this new software at super low price which is never offer by others

Order Facebook Chat Pop Box Software Now!