bukan SENANG nak SENANG, bukan SUSAH nak SUSAH...

Emas Bola Ibarat Menang Sukan SEA


Comments protected by Lucia's Linky Love.

malaysia vs vietnam Emas Bola Ibarat Menang Sukan SEAVIENTIANE – Menang pingat emas acara bola sepak ibarat kita menang Sukan SEA XXV.

Itu ungkapan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek untuk menggambarkan kejayaan skuad bola sepak kita memenangi pingat emas Sukan SEA selepas menumbangkan pasukan pilihan Vietnam, 1-0 pada perlawanan akhir, kelmarin.

Walaupun agak keterlaluan, tetapi tiada siapa dapat menafikan emas bola sepak lebih berharga daripada kemenangan dalam acara lain.

Ini kerana tiada acara pada Sukan SEA yang mampu menghimpunkan lebih 20,000 penonton menyaksikannya.

“Ada negara yang menang lebih banyak pingat emas tetapi ia tidak dapat menandingi tumpuan terhadap kontinjen kita yang memenangi pingat emas bola sepak.

“Emas bola sepak kali ini amat bermakna kerana ia menamatkan penantian kita selama 20 tahun selepas kali terakhir memenanginya 20 tahun lalu di tempat sendiri pada Sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur.

“Kemenangan di Laos ini juga begitu istimewa kerana kejayaan terakhir kita memenangi emas bola sepak di tempat lawan ialah pada 1981 pada Sukan SEA Jakarta,” kata Ahmad Shabery.

Beliau seterusnya memuji semangat dan kesungguhan pemain di bawah bimbingan jurulatih K. Rajagobal yang memberikan hadiah istimewa kepada rakyat Malaysia.

“Pujian harus diberikan kepada pemain dan jurulatih kerana mempamerkan mutu permainan bola sepak yang tinggi ketika menentang Vietnam.

“Kata-kata perangsang oleh Rajagobal supaya para pemain melakukan lebih asakan pada babak kedua, berjaya sehingga memaksa pemain lawan melakukan kesilapan.

“Usaha pemain yang tidak mengenal erti putus asa telah menyebabkan Vietnam menjaringkan gol sendiri yang membawa kemenangan kepada kita,” katanya.

Apa yang lebih penting, kata Ahmad Shabery, kejayaan skuad bola sepak kita di Laos akan mewujudkan ‘faktor rasa senang’ di kalangan rakyat terhadap sukan ini.

Menurutnya, kemenangan kelmarin menyebabkan rakyat yakin bahawa martabat bola sepak kita sudah meningkat.

“Memang kejayaan seperti inilah yang kita nanti-nantikan sejak sekian lama dan ia berjaya dijelmakan di Laos.

“Saya harap kejayaan di sini merupakan kejayaan pertama bola sepak Malaysia dan kita mengharapkan kejayaan yang lebih besar selepas ini,” katanya. – Utusan

SUMBER : UTUSAN ONLINE

…………………………………………………………………………………………………………………………..

P/S : Tahniah diucapkan kepada skuad bola sepak…pasti akan ada dengar cakap-cakap mengenai kemenangan ni, ada yang berpuas hati dan ada yang plak yang katakan “alaaa…nasib je tu”, “gol tak menarik la”, “dapat gol sendiri blehla”…adatla, kalau kalah dikeji, menang plak dipuji….tapi yang ni bila menang ade plak yang rasa tak puas hati…buat skuad bola sepak, ini bukan masa untuk korang dipuji melambung tinggi tapi masa korang semua di UJImy 2 cent


Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Malaysia 3 Laos 1
  2. Yesss…Manchester United Ke Final Piala Liga
  3. Piala Thomas 2010 – Malaysia Layak Ke Separuh Akhir
  4. REVIEW : Rahsia Emas Kembali Lagi !!!
  5. Piala Thomas 2010 – Malaysia Tewas 0-3 Kepada China
  6. Surat Eksklusif Khas Untuk Para Isteri Dan Teman Wanita Menjelang Piala Dunia 2010

Nak update terkini? Masukkan email korang:

Delivered by MokhZam {dot} com

Leave a Reply





CommentLuv Enabled


Comments protected by Lucia's Linky Love.
Rss Feed Tweeter button Facebook button Technorati button Linkedin button Delicious button Digg button Stumbleupon button


Malaysia Web Hosting

MokhZam
MokhZam

Hi friend, MokhZam here...

I hope the weather is treating you well in

Monetize your blog/web with this new software at super low price which is never offer by others

Order Facebook Chat Pop Box Software Now!