bukan SENANG nak SENANG, bukan SUSAH nak SUSAH...

Fenomena Gerhana Matahari Separa


Comments protected by Lucia's Linky Love.

Orang ramai sekali lagi berpeluang menyaksikan fenomena gerhana selepas gerhana bulan separa pada 1 Januari lalu. Pada kali ini, gerhana matahari anulus akan berlaku pada esok hari dan kelihatan dengan lintasan selebar 300 kilometer (km) merentasi Afrika Tengah, Lautan Hindi dan Asia Timur .

Menurut kenyataan Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) fenomena tersebut berlaku apabila bulan merentas di hadapan matahari, namun tidak menutup matahari sepenuhnya kerana saiz ketara bulan adalah lebih kecil berbanding matahari. Oleh itu, matahari kelihatan seperti cincin yang terang atau anulus di sekeliling luar cakera bulan.

Lintasan bayang umbra bulan bermula di Afrika dan melalui Chad, Republik Afrika Tengah, Republik Demokratik Congo, Uganda, Kenya dan Somalia manakala selepas melepasi Afrika, lintasan tersebut melalui Lautan Hindi yang mana tempoh maksimum anular mencapai kira-kira 11 minit lapan saat. Lintasan tersebut kemudiannya terus melintasi Asia melalui Bangladesh, India, Myanmar dan China.

Fenomena seperti ini pernah berlaku pada 26 Januari tahun lalu, ketika Tahun Baru Cina manakala gerhana matahari separa pula akan kelihatan dalam lingkungan bayangan penumbra bulan yang lebih luas meliputi Eropah Timur, Afrika dan Asia. Rakyat Malaysia akan dapat menyaksikan matahari terlindung oleh bulan sehingga mencapai kegelapan maksimum kira-kira 40 peratus di bahagian utara Semenanjung Malaysia pada waktu petang.

Peratus matahari dilindungi oleh bulan semakin mengurang ke bahagian tengah Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena tersebut bermula pukul 3 petang hingga 5.45 petang.

Secara amnya, gerhana matahari akan berlaku ketika fasa bulan baru dan pada masa yang sama bulan melintasi laluannya di antara matahari dan bumi agar Matahari tertutup sebahagian atau keseluruhannya. Sehubungan itu, rakyat malaysia akan berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa pada kira-kira ja m 3 petang apabila bulan mula menyentuh cakera matahari.

Keadaan ini dikenali sebagai “sentuhan pertama” iaitu permulaan gerhana matahari separa. Kebanyakan pemerhati tidak berupaya mengesan sentuhan gerhana pada masa ini disebabkan matahari yang terlalu terang. Gerhana hanya akan dapat dilihat apabila Bulan menutupi Matahari secara perlahan dan membentuk sabit tua sehingga liputan maksimum tercapai pada kira-kira pukul 4.25 petang.

Sentuhan akhir iaitu kira-kira pukul 5.40 petang, bayangan bulan mula hilang secara beransur-ansur. Sempena fenomena tersebut, ANGKASA akan menganjurkan Program Pencerapan Gerhana Matahari Separa bermula pukul 2.30 petang hingga 6 petang di Planetarium Negara, Kuala Lumpur.

Program tersebut diadakan pada esok yang mana pendaftaran dibuka di perkarangan tangga, Planetarium Negara bermula pukul 2 petang. Acara lain termasuk lawatan ke galeri pameran taklimat gerhana matahari serta kuiz dan tayangan video Dawn of the Space Age. Program pencerapan turut diadakan di kawasan letak kereta, Kompleks Pekan Rabu, Langkawi bermula pukul 3 hingga 6 petang.

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA ONLINE

…………………………………………………………………………………………………………………………..

P/S : mari kita beramai2 pi tengok gerhana matahari dan jangan lupa solat sunat gerhana matahari pulak… :)


Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Sultan Iskandar Selamat Disemadi
  2. Selamat Hari Pekerja 2010

Nak update terkini? Masukkan email korang:

Delivered by MokhZam {dot} com

Leave a Reply





CommentLuv Enabled


Comments protected by Lucia's Linky Love.
Rss Feed Tweeter button Facebook button Technorati button Linkedin button Delicious button Digg button Stumbleupon button


Malaysia Web Hosting

MokhZam
MokhZam

Hi friend, MokhZam here...

I hope the weather is treating you well in

Monetize your blog/web with this new software at super low price which is never offer by others

Order Facebook Chat Pop Box Software Now!