Comments protected by Lucia's Linky Love.
Hari ni aku nak cerita serba sedikit mengenai keluarga Di Raja Johor…credit to En.Jamil atas kesudian kebenaran untuk aku ambil artikel dari blog beliau…TQ En.Jamil…
KETURUNAN BENDAHARA
Almarhum DYMM Paduka Sri Sultan Al-Haj Sir Ibrahim al-Mashur ibni al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar
Almarhum DYMM Paduka Sri Sultan Sir Ismail al-Khalidi ibni Almarhum Sultan Sir Ibrahim
Almarhum DYMM Paduka Sri Sultan Mahmud Iskandar al-Haj ibni Almarhum Sultan Sir Ismail
DYMM Paduka Sri Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar
Tengku Mahkota Johor Tengku Ismail ibni Sultan Ibrahim Ismail
Keluarga Di Raja Johor adalah mereka yang memerintah negeri Johor dan jajahannya, diketuai oleh Baginda Sultan Johor, Permaisuri Johor pula di panggil Sultanah Johor, Sultan Johor yang bertakhta sekarang ialah DYMM Sultan Iskandar al-Haj Almarhum Sultan Ismail. Baginda adalah Sultan Johor yang ke 22 dan ke 4 Sultan Johor moden. Baginda di tabal semenjak tahun 1981.
Sultanah of Johor
Sultanah Johor adalah DYMM Sultanah Hajah Zanariah Ibni Almarhum Tengku Panglima Perang Ahmad.
SEJARAH
Sultanah Johor adalah dari asal usul keluarga Sultan Melaka. Sultan Johor dahulunya telah menjadi pemerintah negeri Sembilan, Pahang dan Riau. Johor telah di jumpai oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II, baginda adalah anakanda kepada Sultan Mahmud Syah Sultan Melaka. Ini yang menyebabkan Kesultanan Johor adalah yang paling tertua di Malaysia.
Sultan Johor adalah ketua kerajaan Johor, Baginda mempunyai kuasa melantik Menteri Besar, Ahli Dewan Undangan Negeri dan kuasa memerintah darurat adalah kuasa baginda.
Sesuatu yang istimewa tentang Kesultanan johor ialah Sultan Johor telah diperintah 3 keturunan, Kesultanan Melaka, Bendahara dan Temenggung. Kesultanan Johor juga satu-satu nya negeri di Malaysia yang mempunyai angkatan tenteranya sendiri, itu yang membuat Sultan Johor berbeza dengan sultan-sultan lain di Malaysia. Angkatan tentera Johor di panggil ( Askar Timbalan Setia Negeri ) dan sekarang telah di jadikan askar peribadi Sultan johor.
Protokol dan peraturan Di Raja Johor berbeza dengan kesultanan lain di Malaysia. Gaya dan tatacaranya berlainan dengan Kesultanan Melayu. Ia lebih kepada protokol dan cara negara orang putih. Jika anda melihat foto sultan , pakaian rasmi baginda sultan dan sultanah berbeza dengan sultan lain di Malaysia. Pernahkah kita nampak Sultan Johor berpakaian melayu bersampin dan bersongkit serta bertengkolok. Cara baginda dan keluarga Di Raja Johor berpakaian lebih moden dari sultan-sultan lain di Malaysia.
Sesuatu yang istimewa dan menjadi sebutan ramai sekarang ialah idea Tengku Mahkota Johor melawati dan menziarahi rakyat setiap tahun atau lebih di kenali sebagai Kembara Mahkota Johor. Tengku Mahkota akan melawat kawasan-kawasan terpencil samaada dengan motosikal, kereta atau bot.
LAMBANG

Bendera Kebawah Duli Sultan Johor

Bendera Ke Bawah Duli Sultanah Johor

Bendera Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Johor
KELUARGA DI RAJA JOHOR
Almarhum Sultan Iskandar telah berkahwin dua kali, yang pertama ialah Puan Josephine Trevorrow atau lebih di kenali sebagai (Cik Kalthom ) dan yang kedua ialah Sultanah Zanariah. Baginda Tuanku mempunyai 2 orang putra dan 8 puteri.
( Dengan Cik Kalthom )
- Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah (1956)
- Tunku Zabedah Aminah Maimunah Iskandariah (1957)
- Tunku Ibrahim Ismail (1958)
- Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (1960)
( Dengan Sultanah Zanariah)
- Tunku Mariam Zahrah (1962)
- Tunku Norani Fatimah (1963)
- Tunku Maimunah Ismailiah (1967)
- Tunku Abdul Majid Idris (1970)
- Tunku Muna Najiah (1973)
- Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahira Iskandariah (1979)
Tengku Mahkota Johor Tengku Ibrahim Ismail telah berkahwin dengan Raja Zarith Sofiah binti Sultan Idris Shah. Hasil perkahwinan baginda berdua di kurniakan anak 5 putra dan 1 puteri.
- Tengku Ismail Idris ( 1984 )
- Tengku Aminah ( 1986 )
- Tengku Idris Iskandar ( 1987 )
- Tengku Abdul Jalil Iskandar ( 1990 )
- Tengku Abdul Rahman ( 1993 )
- Tengku Abu Bakar Iman ( 2001 )
Tengku Abdul Majid Idris pula telah berumahtangga dengan Tengku Teh Mazni binti Tuanku Yusuf dan mereka di kurniakan seorang anak iaitu Tengku Mahmood Iskandar ( 2006 )
ISTANA
Istana ke bawah duli Sultan Johor terletak di Johor Bahru dan di panggil Istana Bukit Sereen terletak di atas bukit Sereen. Sebelum itu istana Sultan Johor ialah Istana Besar Johor Bahru tetapi sekarang Istana Besar telah di jadikan Muzium Kesultanan Johor.
Kesultanan Johor mengunapakai undang-undang salic, maknanya hanya anak lelaki yang layak menaiki takhta mengikut susunan dan di beri gelaran Tengku Mahkota dan mesti dari asal usul keturunan Sultan Johor moden Sultan Abu Bakar.

Susunan anak cucu Tuanku Sultan Johor bergelar
1. Tunku Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar al-Haj, (Tunku Mahkota Johor)
2. Tunku Ismail Idris bin Tunku Ibrahim Ismail, (Raja Muda Johor)
3. Tunku Idris Iskandar bin Tunku Ibrahim Ismail
4. Tunku Abdul Jalil Iskandar bin Tunku Ibrahim Ismail
5. Tunku Abdul Rahman bin Tunku Ibrahim Ismail
6. Tunku Abu Bakar Iman bin Tunku Ibrahim Ismail
7. Tunku Abdul Majid Idris ibni Sultan Iskandar al-Haj, (Tunku Bendahara Johor)
8. Tunku Mahmood Iskandar bin Tunku Abdul Majid
9. Tunku Abu Bakar ibni alMarhum Tunku Bendahara ‘Abdu’l Rahman ibni almarhum Sultan Ismail
10. Tunku ‘Abdu’l Rahman [Alman] Burhan ud-din bin Tunku Abu Bakar
Related posts:











