Comments protected by Lucia's Linky Love.
hari ni isteri aku akan dimasukkan wad di HUKM seperti yang telah dirancang oleh doktor pakar…aku dan isteri dah bincang untuk kelahiran yang kedua ni akan cuba secara normal dan dipercepatkan…sebenarnya due isteri aku untuk bersalin pada 30/12 tapi kami ambil langkah berjaga-jaga supaya kelahiran untuk kali ini diawalkan…kami pernah kehilangan anak pertama kami setahun yang lepas…anak kami lemas semasa nak dilahirkan dan doktor telaha buat keputusan untuk buat emegency cesarean untuk selamatkan anak kami…tapi Allah lebih sayangkan dia, anak kami hanya sempat hidup sehari selepas dilahirkan setelah doktor telah cuba sedaya upaya untuk selamatkan anak kami di NICU…alhamdulillah rezeki kami untuk menimang cahaya mata kami kedua dan kami berdua pohon doa korang semua agar semua berjalan dengan lancar dan selamat…Amin…
Related posts:











