Comments protected by Lucia's Linky Love.
alhamdulillah….dua hari lepas aku dah selesaikan urusan kat KWSP…aku nak keluarkan duit caruman dalam akaun KWSP untuk selesaikan urusan beli rumah…harap2 permohonan aku takde apa2 masalah la…jadi untuk urusan beli rumah aku keluarkan dari akaun 2 KWSP,adela sikit untuk tambah2
…untuk beli rumah ni ada 3 jenis yang aku boleh kategorikan :-
c) Mengurangkan pinjaman perumahan
jadi korang boleh dapatkan maklumat seperti syarat, cara nak keluarkan, berapa banyak yang boleh korang keluarkan dan macam2 lagi la…(klik je kat atas tu)…jadi kalau macam aku keluarkan untuk beli rumah baru (jenis bina, siap dan jual)…antara dokumen yang perlu disediakan seperti :-
1) Salinan kad pengenalan dan asal
2) Salinan muka pertama buku bank dan asal – untuk tujuan pembayaran terus kepada akaun pemohon
3) Salinan sijil kelahiran dan asal (kalau melibatkan pembelian rumah bersama keluarga seperti adik beradik) atau sijil perkahwinan dan asal (kalau melibatkan pembelian rumah bersama suami isteri)
4) Salinan surat perjanjian jual beli rumah dan asal (Sales&Purchase Agreement) – ni yang paling penting
5) Salinan surat tawaran pinjaman bank dan asal – ni pun penting jugak
6) Salinan geran tanah yang telah disahkan oleh pemaju
7) Salinan surat Power of Attorney (P.A Letter) yang telah - ni diperlukan jika tuan tanah dan pemaju berbeza, maknanya Syarikat A (tuan tanah) serahkan tanahnya kepada Syarikat B (pemaju) untuk dimajukan sebagai kawasan perumahan…lebih kurang camtula…sebab ni pun aku kena pegi KWSP 2 kali sebab tak sertakan sekali surat ni…
Related posts:












