bukan SENANG nak SENANG, bukan SUSAH nak SUSAH...

Salam Awal Muharam 1431 Hijrah


Comments protected by Lucia's Linky Love.

Menjelang berakhirnya waktu Asar dan bermula waktu Maghrib, bermakna berakhirlah tahun 1430 Hijrah dan bermulalah tahun yang baru 1431 Hijrah…kita tutup buku lama dan kita buka buku baru…selama ni yang kita tau, kita hanya sambut tahun baru 1 Januari setiap tahun…jadi aku kongsikan dengan koarng semua D

Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun
Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Doa Awal Tahun
doa awal tahun Salam Awal Muharam 1431 HijrahMaksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

Doa Akhir Tahun

doa akhir tahun Salam Awal Muharam 1431 Hijrah
Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Selamat menyambut Awal Muharam dan Tahun Baru 1431 Hijrah


Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Nuzul Al-Quran Dan Lailatul Qadar
  2. Salam Maulidur Rasul 2010
  3. Azan Dan Tiga Tandanya

Nak update terkini? Masukkan email korang:

Delivered by MokhZam {dot} com

Leave a Reply





CommentLuv Enabled


Comments protected by Lucia's Linky Love.
Rss Feed Tweeter button Facebook button Technorati button Linkedin button Delicious button Digg button Stumbleupon button


Malaysia Web Hosting

MokhZam
MokhZam

Hi friend, MokhZam here...

I hope the weather is treating you well in

Monetize your blog/web with this new software at super low price which is never offer by others

Order Facebook Chat Pop Box Software Now!